Sunday, August 7, 2022

Almarhum Abdul Khalid sangat berjasa besar kepada negara

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang merakamkan ucapan takziah kepada keluarga bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim atas pemergian beliau pada malam tadi.

Abdul Khalid telah pulang ke rahmatullah pada pukul 11.08 malam tadi di Hospital Cardiac Vascular Sentral, Kuala Lumpur.

Allahyarham dimasukkan ke hospital sejak 23 April yang lalu akibat jangkitan pada injap jantung.

“Almarhum seorang yang sangat berjasa besar kepada tanah air Malaysia ini,” katanya menersui catatan di Facebook Abdul Hasi, hari ini.

Menurutnya, antara jasa Almarhum ialah Dawn Raid yang menyaksikan pengambilalihan Syarikat Guthrie yang memiliki banyak aset negara pada ketika itu kembali kepada rakyat Malaysia.

“Di samping itu, beliau juga insan yang bertanggungjawab membangunkan Selangor semasa beliau menjawat jawatan sebagai Menteri Besar Selangor.

“Almarhum juga banyak membantu PAS dengan pengetahuan dan pengalaman beliau apabila dilantik menjadi penasihat ekonomi Negeri Terengganu,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Marang.

Sesungguhnya, kata beliau negara kita telah kehilangan sebuah permata yang sukar untuk dicari ganti.

“Semoga Allah mencucuri rahmat kepada almarhum, diterima amal soleh, diampunkan segala dosanya dan ditempatkan di kalangan para solihin,” tambahnya.

Sementara itu, Timbalan Presiden PAS, Datuk  Sri Tuan Ibrahim Tuan Man susulan kepulangan ke rahmatullah bekas Menteri Besar Selangor itu merupakan satu kehilangan besar kepada negara.

Beliau yang juga Menteri Alam Sekitar dan Air (KASA) berkata, sudah pasti kita semua amat sedih atas pemergian Almarhum.

Menurutnya, Almarhum seorang yang kuat bekerja dan gigih berjuang demi kebaikan rakyat dan negeri Selangor khususnya.

“Marilah kita menadah tangan mendoakan supaya Allah mengampuni, merahmati, mengasihi dan menempatkan Almarhum bersama orang-orang yang beriman.

“Mewakili PAS dan KASA, dengan penuh hiba saya merakamkan ucapan takziah buat seluruh ahli keluarga dan kenalan Almarhum,” katanya dalam hantaran di Facebook beliau, hari ini.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru