भाई और बहन पृथ्वी का सबसे खूबसूरत और शुद्ध रिश्ता है… pic.twitter.com/OiTH4djEIo
— उम्दा_पंक्तियां (@umda_panktiyan) July 13, 2022
Satu klip video menunjukkan kasih sayang abang terhadap adiknya, menyentuh hati netizen di media sosial baru-baru ini.
Dalam video mencuit hati itu, seorang budak lelaki dilihat mendukung adik perempuannya dan membantunya menyeberangi jalan yang dipenuhi air.
Gadis itu memakai kasut dan stokin tetapi abangnya berkaki ayam.
Tidak mahu adiknya berjalan melalui jalan yang dinaiki air, abang meminta si adik naik di belakangnya.
Dia kemudian berjalan melalui jalan yang berair, manakala adiknya didukung di belakangnya.
Video tersebut dikongsi di Twitter oleh pengguna bernama Umda Panktiyaan.