Monday, August 8, 2022

Sebutan lanjut kes bunuh Eric

Secara Rawak

KUCHING: Mahkamah Majistret di sini semalam melanjutkan sebutan semula kes bunuh kanak-kanak berusia empat tahun Eric Chang Wei Jie kepada 9 September depan.

Majistret Zubaidah Sharkawi menetapkan tarikh tersebut untuk kedua-dua tertuduh Wendy , 37, Ling, 51, sementara menunggu laporan kimia belum tersedia.

Mahkamah kemudian menetapkan keduadua tertuduh dilanjutkan reman sehingga tarikh sebutan semula kes.

Terdahulu pada 31 Mac lepas, tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh selepas pertuduhan dibacakan secara bersama oleh jurubahasa di hadapan Majistret Zaiton Anuar.

Mengikut pertuduhan, mereka secara bersama didakwa sengaja membunuh kanakkanak berusia empat tahun Eric Chang Wei Jie.

Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di Lorong 2, Taman Riverview, Jalan Bintawa, di sini, sekitar jam 5.00 petang, antara 4 Mac dan 7 Mac lepas.

Oleh itu, kedua-dua tertuduh didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Pendakwaan kes dikendalikan Pegawai Pendakwa Inspektor Nur Syafiqa Nyaie Ilin yang mewakili Timbalan Pendakwa Raya Tan Chuan Yi manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

Sebelum ini, media melaporkan kanakkanak bernama Eric berusia empat dilaporkan hilang pada 7 Mac lepas semasa dijaga oleh pengasuhnya di kawasan perumahan di Bintawa.

Operasi pencarian Eric bermula 13 Mac lalu di sekitar perairan sungai Muara Tebas juga dihentikan 19 Mac lepas, pada jam 6 petang.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru