Wednesday, August 17, 2022

Video cemas: Tindakan pantas wanita selamatkan pekerja tol daripada kemalangan lori

Secara Rawak

Sebuah video menunjukkan saat cemas apabila trak melanggar pondok tol dikongsi di Twitter oleh pengguna bernama Awanish Sharan.

Klip video itu menunjukkan sebuah lori yang dipandu laju merempuh pondok tol dan kemudiannya terbalik di belakang sebuah kereta.

Beberapa saat sebelum insiden itu berlaku, seorang wanita kelihatan keluar dari premis berhadapan tol terbabit dan berjalan menuju kereta.

Wanita tersebut yang terpana dengan kejadian mencemaskan di hadapan matanya, tidak panik sebaliknya bergegas ke pondok tol yang sudah remuk dan membawa pekerja tol ke tempat selamat.

Tindakan spontan dan berani wanita itu menerima pujian netizen media sosial.

 

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru