Monday, August 8, 2022

Umno perlu henti adu domba dalam parti

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Selepas Pendaftar Pertubuhan (RoS) meluluskan pindaan perlembagaan Umno semalam, Ketua Penerangannya menjelaskan, tumpuan utama parti sekarang ini adalah untuk menghadapi PRU-15.

Menurut Shahril Hamdan, seperti yang diputuskan oleh PAU2021, dan diperkuat dengan pengumuman hari ini: pemilihan lepas PRU.

Dengan kelulusan RoS itu bermaksud, Umno perlu mengadakan pemilihan parti tidak lewat daripada 6 bulan SELEPAS pilihanraya umum berlangsung.

Tarikh PRU top 5 bincang, bawa ke MKT, kemudian kita masuk gelanggang. Kini masanya kita henti adu domba antara satu sama lain. Tidak perlu gaduh, atau syak wasangka, jauh sekali menuduh sensasi pemimpin UMNO cuba mensabotaj mana-mana ketetapan parti sendiri,” jelasnya dalam satu kenyataan.

“Walau apa pun desas-desus di luar sana, akhirnya kita ukur melalui hasilnya: ketetapan parti diangkat dan diutamakan,” tegasnya.

Beliau berkata, sekarang masa untuk semua figura Umno menjadi penyatu.

“Pemilihan pasti selepas PRU – maka tambah kuat lagi bahawa tiada sebab untuk menjadi selain dari penyatu menjelang PRU ini. Di kala parti kita di ambang kemenangan, kita pilih kesepakatan untuk meyakinkan rakyat memilih kestabilan, ” ujarnya.

 

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru