Sunday, August 7, 2022

Sarawak buru 44 pingat emas pada SUKMA di ibu negara

Secara Rawak

KUCHING: Sarawak dalam misi memburu 44 pingat emas pada Sukan Malaysia (SUKMA) Ke-20 di ibu negara, September depan, kata Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Negeri.

Menurut Datuk Sri Abdul Karim Rahman Hamzah sasaran itu berdasarkan pencapaian atlet negeri ini pada SUKMA 2018 di Perak.

Untuk rekod, pada SUKMA 2018, Sarawak memungut 42 emas, 36 perak dan 60 gangsa untuk menamatkan cabaran di tempat keempat keseluruhan

“Kenapa 44 pingat emas adalah kerana ada acara digugurkan seperti terjun wanita,” katanya selain berdasarkan penilaian pelbagai persatuan sukan di Sarawak.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Bintang Kita Kebanggaan Kita dan 50 Hari Menjelang Temasya SUKMA ke-20 ini.

“Kita juga ambil kira penyertaan negeri lain dalam acara sukan tertentu,”katanya.

Jelas beliau, antara acara yang menjadi sasaran termasuklah gimrama, Muay Thai dan wushu.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru