Sunday, August 7, 2022

Promosi Sarawak sebagai destinasi pelancongan di Turki 

Secara Rawak

KUCHING: Konsul Jeneral Malaysia di Istanbul, Tengku Mohd Dzaraif Raja Abdul Kadir berharap pihaknya dapat  menjalinkan kerjasama lebih erat dengan Kerajaan Sarawak untuk mempromosikan tempat menarik di negeri ini.

Beliau menjelaskan, usaha  Tourism Malaysia dan Pejabat Konsul Jeneral Malaysia di Turki mempromosi keistimewaan Sarawak sebagai lokasi pelancongan unik semakin mendapat perhatian di kalangan pemain industri negara berkenaan.

Jelasnya, beliau berharap Sarawak muncul sebagai destinasi pelancongan pilihan rakyat negara itu untuk bercuti.

Banyak destinasi menarik di Sarawak termasuk Gua Niah, Gua Mulu, Kampung Budaya Sarawak, Muzium Budaya Borneo, selain budaya pelbagai kaum.

Menyentuh usaha mempromosikan sektor pelancongan Malaysia di negara berkenaan pula, beliau memaklumkan antara kaedah yang dilakukan termasuklah memperkenalkan seni bela diri silat Malaysia di Istanbul.

“Kita berjaya membawa 12 orang pesilat Malaysia untuk membuat persembahan selama seminggu di Turki baru-baru ini,” jelasnya..

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru