Monday, August 8, 2022

Parti bukan barang tukar ganti

Secara Rawak

KUCHING: Ahli Parlimen Hulu Rajang Datuk Wilson Ugak Kumbong mencadangkan satu kadar bayaran denda perlu dimasukkan bersama Rang Undang-undang Perlembagaan (pindaan) 2022 yang memperuntukkan larangan ahli parlimen bertukar parti.

Beliau berkata, cadangan ini akan memastikan mandat dan kepercayaan rakyat tidak lagi sewenangwenangnya dipermainkan dengan wakil rakyat yang melompat ke sana dan ke sini. Melihat kepada kos bagi melaksanakan sesuatu Pilihan Raya Kecil (PRK) mahupun Pilihan Raya Umum (PRU), beliau berkata ia tidak murah dan menelan kos jutaan ringgit.

“Inilah wang rakyat, saya pasti pegundi marah sekiranya wang negara digunakan untuk memuaskan nafsu seseetengah ahli politik. “Justeru dengan cadangan ini, setiap ahli Parlimen yang bertanding akan dikenakan denda diantara RM5 hingga RM10 juta ringgit sekiranya mereka didapati melanggar undangundang berkenaan,” katanya ketika membahas RUU berkenaan di parlimen, pada Khamis.

Katanya ia juga bagi mengelakkan Ahli Parlimen dijadikan sebagai barang dagangan oleh parti – parti politik. “Tujuan denda ini juga sebagai satu pengajaran untuk ahli Politik agar wang ini boleh digunakan semula oleh SPR bagi tujuan mengendalikan semula Pilihan Raya di sesuatu kawasan.

“Perkara ini mungkin nampak rumit dan teknikal namun saya ingin mencadangkan agar ianya dapat diperhalusi. “Saya pasti ramai pengundi akan turut senada dengan cadangan saya ini,” katanya lagi. Menjelas mengenai lompat parti ini, beliau berkata sejumlah ahli Parlimen Malaysia yang melompat parti selepas PRU-14 merupakan satu sejarah hitam dalam sistem politik tanah air di negara ini setelah 65 tahun mencapai kemerdekaan.

“Ini bukannya satu rekod pencapaian yang boleh dibanggakan malah amat menyedihkan kerana kepercayaan rakyat telah dinodai segelintir ahli politik yang rakus dan tamak kuasa. “Ia memberikan isyarat jelas bahawa amalan demokrasi negara kini tidak sihat dan sangat membimbangkan,” jelansya lanjut.

Tambah beliau juga, senario ini turut menunjukkan amalan demokrasi negara berada di landasan terburuk dengan Malaysia kini terletak pada titik terendah dalam aspek menyuburkan sistem demokrasi berparlimen.

“Sekiranya dilihat senario politik negara-negara jiran, saya tidak pernah jumpa berita ahli Parlimen Indonesia lompat parti. “Kalau di negara Singapura, hampir tiada isu wakil rakyat lompat parti. “Isu ini disebabkan undang-undang Malaysia tidak tegas dengan amalan wakil rakyat keluar parti yang dianggap satu kebebasan. berpersatuan yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru