Monday, August 8, 2022

Nama menteri digunakan untuk minta duit

Secara Rawak

KUCHING: Tidak kira siapa anda, besar mana pangkat anda tetap menjadi mangsa si penipu yang kini menjadikan aplikasi Telegram menyamar sebagai individu tertentu untuk meminta duit.

Semalam Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri

Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menjadi mangsa scammer yang menggunakan nombor beliau di aplikasi Telegram untel memperdayakan orang ramai.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar ketika dihubungi mengesahkan menyedari nama dan nombor telefonnya digodam individu yang menyamar sebagai dirinya.

“Bagi sesiapa yang menerima mesej meminta bantuan dan duit, tolong abaikan. Sekat dan lapor kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) supaya pihak terbabit diambil tindakan. Jika ada yang tertipu, lapor kepada polis. Ini satu perbuatan yang sangat tidak bertanggungjawab,” katanya.

Difaham beberapa kenalan Ahli Parlimen Santubong itu menerima mesen yang sama memohon bantuan dan duit.

Malah difahamkan juga, ada ada kenalan di kawasan Parlimen Santubong yang terpedaya dan sudah memindahkan wang sebanyak RM5,000 ke akaun scammer terbabit.

Sebahagian besar kenalan Wan Junaidi dipilih secara rawak oleh sindiket itu dengan memberi nombor akaun yang kemudian dipadamkan, mungkin menyedari taktik penipuan mereka dikesan.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru