Monday, August 8, 2022

Lelaki selamba jual loteri haram di kaki lima

Secara Rawak

BAU: Kegiatan seorang lelaki yang dengan selamba menjual loteri haram di kaki lima kedai makan membawa padah apabila ditangkap oleh polis.

Suspek berusia 58 tahun itu ditahan dalam serbuan Op Dadu yang dijalankan oleh pasukan dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bau kira-kira jam 2.45 petang Khamis.

Ketua Polis Daerah Bau Deputi Superintendan Poge Nyaon berkata suspek ditahan di kaki lima sebuah kedai makan di Jalan Datuk Salau, Pekan Bau.

“Pasukan serbuan turut merampas seunit telefon pintar yang digunakan oleh suspek untuk menjalankan aktiviti loteri haram,” katanya dalam kenyataan.

Beliau menambah suspek yang tidak mempunyai rekod kesalahan lampau akan disiasat mengikut Seksyen 4A (a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Katanya sambit kesalahan boleh didenda tidak kurang RM20,000 dan tidak lebih daripada RM200,000 atau hukuman penjara tidak melebihi lima tahun.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru