Monday, August 8, 2022

Hari pertama Festival Makanan Kuching dibanjir ramai pengunjung

Secara Rawak

KUCHING: Pelbagai jenis makanan dan minuman yang dijual sempena Festival Makanan Kuching di Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) disini, semalam.

Festival yang lama tidak diadakan itu kelihatan sangat meriah kerana didatangi pengunjung daripada pelbagai kaum dan negara.

Selain dapat menikmati menu makanan tempatan, pengunjung turut berpeluang merasai makanan berasaskan masakan dari negara lain seperti Korea, Thailand dan sebagainya.

Lokasi festival telah dibanjiri pengunjung seawal dari jam 6 petang semalam setelah dua tahun berturut-turut tidak dilaksanakan.

Antara menu istimewa yang dihidangkan pada festival kali ini adalah makanan eksotik daging buaya goreng yang disajikan oleh salah satu peniaga disitu.

Lebih 300 gerai makanan beroperasi sepanjang festival ini yang menampilkan pelbagai keunikan dan kekreatifan penyediaan hidangan makanan.

Untuk makluman, festival yang baru berlangsung mulai semalam ini akan berakhir pada 21 Ogos depan.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru