Sunday, August 7, 2022

Remaja lelaki maut dibelasah kerana cinta, dua suspek telah ditahan

Secara Rawak

KUCHING: Dua lelaki ditahan kerana disyaki memukul seorang remaja lelaki sehingga menyebabkan kematian dalam satu kejadian di Jalan Tun Jugah, di sini hari ini.

Kedua-dua suspek warga tempatan berumur 43 dan 50 tahun ditahan sepasukan polis Cawangan Siasatan Jenayah D9 Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuching Superintendan Merbin Lisa berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 1 pagi dan mangsa, 18 telah dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk rawatan lanjut.

Katanya, polis telah mengklasifikasikan sebagai kes bunuh apabila mangsa yang dimasukkan ke HUS telah meninggal dunia

“Kedua-dua suspek telah dihadapkan ke hadapan Majistret bagi permohonan reman dan reman diluluskan selama tujuh hari sehingga 5 Ogos 2022 bagi membantu siasatan.

“Kes dipercayai berpunca daripada kisah percintaan mangsa,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sementara katanya, bedah siasat akan dilakukan pada esok.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika disabitkan kesalahan.

Tambahnya lagi, kes ini masih dalam peringkat siasatan dan beliau mengingatkan orang ramai agar tidak mengambil tindakan yang melangkaui undang-undang dan mengalu-alukan maklumat dari orang ramai disalurkan ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru