Thursday, August 18, 2022

Perikatan Nasional Kecewa?  Ini yang PN kata, buat terhadap Umno

Secara Rawak

Kalau nak kira kecewa, ini antara tindakan orang yang dikatakan kecewa dengan PM dari UMNO.

  1. Ogos 2020 – Secara tiba-tiba tubuhkan Perikatan Nasional dengan PAS yang sebelumnya bersama UMNO dalam MN (pada waktu itu masih rancak)
  2. Ogos 2020 – Tuntut bertanding 45 kerusi semasa PRN Sabah (daripada 73 jumlah kerusi DUN). Bila tak dapat, letak calon bebas berdepan dengan Barisan Nasional.
  3. Oktober 2020 – Cuba isytihar darurat tanpa sebarang perbincangan bersama parti komponen dalam Kerajaan.
  4. Semenjak PRU14 – Curi Ahli Parlimen UMNO dan Ahli UMNO.
  5. Februari 2021 – Ahli MPT Bersatu minta UMNO dedah perbincangan Mesyuarat MKT.
  6. Jun 2021 – Pemuda PN membuat kenyataan bahawa Ketua Pemuda UMNO letak otak kat lutut.
  7. Oktober 2021 – Timbalan Presiden PPBM berkata keputusan UMNO untuk tidak kerjasama dengan Bersatu adalah pandangan peribadi beberapa pemimpin. Sedangkan itu keputusan akar umbi.
  8. Januari 2022 – Ketua Penerangan Bersatu kata UMNO rakus kerana membubar DUN Johor. PPBM setiap minggu mengganggu urusan Kerajaan negeri.
  9. Januari 2022 – Timbalan Pengerusi PN & Presiden PAS gelar UMNO sebagai itik patah kaki.
  10. Januari 2022 – Mokhtar Senik kata tiada pawang yang mampu merawat UMNO.
  11. Mei 2022 – Pengerusi PN Kedah berkata bahawa kerjaya politik Presiden UMNO sedang nyawa nyawa ikan.
  12. Mei 2022 – Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa Presiden UMNO minta beliau campur tangan dalam kes mahkamah beliau yang jelas hanya satu cerita rekaan.
  13. Mei 2022 – Ketua Penerangan PAS berkata bahawa Presiden UMNO menolak MN apabila UMNO enggan terima Bersatu tetapi PAS masih memaksa UMNO terima.
  14. Jun 2022 – Pengerusi PN Kedah sekali lagi menyerang UMNO dengan mengatakan bahawa Presiden UMNO takut dipenjara. Walhal serangan ini hanya kerana UMNO tetap berpendirian tidak mahu bersama PN.
  15. Julai 2022 – Tuntut jawatan TPM dalam keadaan di mana negara sedang berhadapan dengan isu inflasi. Pengerusi MPN buat apa? Tuntut jawatan.
  16. Hari ini, setelah pelbagai aksi tindakan dan kenyataan mencemuh BN, – tiba-tiba PN hendak kata dia yang kecewa??

Kalau kerana soal jawatan pun boleh kecewa, agaknya apa perasaan PN selepas PRU15 nanti? Gembira?

#SambungYangTergendala

SHAHRIL HAMDAN ialah Ketua Penerangan UMNO Malaysia

 

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru