Monday, August 8, 2022

Guru besar temui ajal di dalam kereta

Secara Rawak

SIBU: Guru Besar SK Bawang Assan di sini Stanley Bohari ditemui mati di dalam keretanya pada petang Isnin.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili dalam satu kenyataannya pada lewat semalam berkata, mangsa berusia 49, ketika kejadian sedang memandu seorang diri ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri berhampiran lampu isyarat Jalan Ling Khai Cheng/Deshon sekitar jam 4.30 petang.

“Pihak polis dari Balai Sungai Merah dimaklumkan oleh orang awam yang mendapati seorang lelaki tidak sedarkan diri di dalam kereta di lokasi kejadian pada jam 4.50 petang,” jelasnya.

Susulan daripada panggilan itu, katanya, sepasukan polis kemudian bergegas ke lokasi kejadian.

Menurut beliau lagi, ketika tiba di tempat kejadian polis mendapati mangsa berada dalam keadaan duduk bersandar dengan tidak sedarkan diri di dalam keretanya.

“Pemeriksaan pihak polis ke atas tubuh badan mangsa mendapati tiada kesan ‘foul play’ atau unsur jenayah ditemui.

“Pihak Ambulans Hospital Sibu telah mengesahkan mangsa telah pun meninggal dunia di tempat kejadian,” ujarnya.

Zulkipli berkata, mayat mangsa kemudian dibawa ke rumah mayat Hospital Sibu dengan kenderaan polis untuk tindakan lanjut.

Beliau menambah, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR)

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru