Monday, August 8, 2022

Dr Kelvin Yii dilantik sebagai Ketua Pemuda PH

Secara Rawak

KUCHING:   Ahli Parlimen Bandar Kuching  Dr Kelvin Yii dilantik sebagai Ketua Pemuda Pakatan Harapan (PH) yang baharu.

Beliau yang dipilih sebagai ketua Pemuda DAP pada Mac lalu menggantikan ADUN Pasir Pinji Howard Lee.

Pemuda PH akan mempunyai empat timbalan – Hasbie Muda (Amanah), Nurthaqaffah Nordin (Amanah), Adam Adli (PKR) dan Felix Joseph Saang (Upko), kata PH dalam satu kenyataan.

Sementara itu, kepimpinan Pemuda PH yang baharu berkata, mereka akan memulakan “Jelajah Harapan Anak Muda” bermula 13 Ogos yang akan menyentuh isu kos sara hidup dan pekerjaan.

Kelvin lulus dari Universiti London dalam bidang undang-undang sebelum meneruskan pengajian dan memperoleh ijazah Doktor Perubatan dari sebuah universiti di Rusia.

Beliau memenangi kerusi Bandar Kuching dalam PRU-14 pada 2018 dengan mengalahkan Kho Teck Wan daripada SUPP.

Dalam PRN-12 beliau bertanding di DUN Batu Kawah dan tewas di tangan Presiden SUPP Datuk Sri Dr Sim Kui Hian.

Kelvin Yii ialah ketua Pemuda PH kelima selepas Nik Nazmi Nik Ahmad (PKR), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Bersatu), Shazni Munir Mohd Ithnin (Amanah) dan Lee (DAP).

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru