Monday, August 8, 2022

Cekap, dua lelaki tukar tayar semasa kereta sedang bergerak

Secara Rawak

 

ITALI: Sepasang lelaki Itali berjaya memecah Rekod Dunia Guinness dengan menukar tayar pada kenderaan semasa ia bergerak.

Pihak Rekod Buku Guinness Dunia mengumumkan pemandu Manuel Zoldan dan penukar tayar Gianluca Folco merakam rekod masa terpantas menukar tayar pada kereta semasa kereta sedang dipandu.

Mereka berjaya melakukannya dalam masa 1 minit dan 17 saat.

Video percubaan itu tular di media sosial dan menunjukkan Zoldan memandu kereta, BMW 3-Series ke atas tanjakan sehingga dapat menyengetkan kenderaan itu bergerak dengan dua roda, sementara dua roda berada di bahagian atas bahi membolehkan Folco bertenggek di luar kereta dan menukar tayar dengan pantas ketika kenderaan itu terus bergerak.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru