Wednesday, August 17, 2022

Arah pelajar usung kerusi untuk redah banjir, guru digantung tugas

Secara Rawak

https://youtube.com/shorts/xcxAfcTXLD4?feature=share

https://youtube.com/shorts/xcxAfcTXLD4?feature=share

LUCKNOW: Seorang guru sekolah digantung kerja selepas tular video, dia memasuki sekolah yang dinaiki air dengan memanjat kerusi plastik yang dipegang pelajar.

Dalam video tular itu, sekumpulan pelajar dilihat meredah air menyusun kerusi plastik untuk guru tersebut.

Wanita berkenaan kemudiannya memanjat barisan kerusi itu sehingga sampai ke tempat kering tanpa menghiraukan pelajarnya basah kuyup dan berendam di dalam air.

Kejadian itu berlaku di daerah Mathura ketika pekarangan sekolah itu ditenggelami air berikutan hujan lebat baru-baru ini.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru