Tuesday, August 16, 2022

Saksikan adegan mendebarkan, lelaki sambut kanak-kanak jatuh bangunan

Secara Rawak

BEIJING: Seorang lelaki menerima pujian dan dia anggap sebagai adi wira selepas video dia menyelamatkan kanak-kanak perempuan yang terjatuh dari bangunan menjadi tular.

Dalam video yang dikongsi di Twitter itu, pemuda bernama Shen Dong, bergegas menunggu di bawah bangunan pada posisi yang tepat untuk menyambut budak kecil berusia 2 tahun terjatuh.

Bercakap dengan pihak media, Shen Dong memberitahu dia memparkir depan bangunan itu dan bercakap di telefon bimbitnya sambil mendongak ke atas.

Dia mendengar bunyi dentuman kuat apabila kanak-kanak itu jatuh dari tingkap empat dan menghempap atap di tingkat bawah.

Melihat kanak-kanak itu bergantung di besi atap, Shen Dong membuang telefonnya untuk menangkap di kecil tepat dalam dakapannya.

Budak kecil itu bernasib baik kerana Shen Dong berada di situ pada masa kejadian, jika tidak dia pasti jatuh ke simen.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru