Monday, August 8, 2022

RUU Anti-Lompat parti perlu  disokong, diluluskan dengan tuntas

Secara Rawak

KUALA LUMPUR:  Rang Undang-undang (RUU) Anti Lompat Parti, antara tumpuan sidang Parlimen pada hari ini.

Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan menegaskan bahawa akta ini perlu diluluskan dengan tuntas dan disokong oleh semua pihak.

Majlis Kerja Tertinggi ( MKT) UMNO yang bermesyuarat pada 14 April 2022 berpendirian bahawa RUU Anti Lompat Parti mesti segera direalisasikan sebagai satu manifestasi untuk memastikan hak pengundi sentiasa terpelihara dan dihormati.

“Alhamdulillah seperti yang telah dinyatakan oleh Menteri Undang-Undang Datuk Seri Wan Junaidi pada awal bulan ini, RUU Anti Lompat Parti akan dibentang pada sesi Parlimen yang sedang berlangsung. Perkara ini menjadi realiti dengan bacaan kali kedua oleh YAB Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini,” katanya  dalam satu kenyataan di Facebooknya.

Kata  Shahril yang juga Naib Ketua Pemuda UMNO, kerajaan telah mengadakan pelbagai sesi libat urus tentang RUU tersebut dan merangka RUU ini selama setahun.

“Ini bagi mendapat maklumbalas dan persetujuan selepas musyawarah dan perincian secara mendalam antara parti-parti politik dan masyarakat awam.

“UMNO akan menyokong RUU tersebut seperti yang telah diputuskan oleh Perhimpunan Agung UMNO 2021. Tidak ada alasan untuk mana-mana Ahli Parlimen atau parti politik menolak RUU ini,” katanya lagi.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru