PUNJAB: Seorang menteri kanan India yang minum segelas air dari Sungai Kali Bein yang tercemar oleh kumbahan dilaporkan jatuh sakit baru-baru ini.
Bhagwant Mann, Ketua Menteri Punjab dikatakan minum air terbabit untuk menunjukkan kepada penduduk tempatan bahawa ia selamat diminum, namun perkara yang sebaliknya belaku.
Menurut Mail Online, selang beberapa hari selepas minum air terbabit, Mann sakit perut dan dikejarkan ke Hospital Apollo Indraprastha.
Pemeriksaan doktor mendapati dia mengalami jangkitan yang menyebabkan perutnya sakit.
Mann bagaimanapun dibenar keluar dari hospital selepas sehari berada di bawah pengawasan ketat sekumpulan doktor.
Berita beliau dimasukkan ke hospital gara-gara air tercemar menjadi topik perbualan utama di India dan videonya minum air di sungai tersebut juga tular.
Punjab Chief Minister openly drinks a glass of polluted water from a ‘holy river’ to prove that water is clean. Now admitted to hospital. pic.twitter.com/MH1OLwUlUw
— Ashok Swain (@ashoswai) July 21, 2022