Monday, August 8, 2022

55,000 batang rokok dirampas

Secara Rawak

KUCHING: Sebanyak 55,000 batang rokok dan 2,058 liter minuman keras pelbagai jenama disyaki tidak bercukai berjaya dirampas menerusi Operasi Kontraband, Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Kuching Asisten Komisioner Ahsmon Bajah berkata nilai rampasan dianggarkan mencecah sehingga RM84,372.

Menurutnya lagi, operasi yang dijalankan sepasukan polis dari cawangan D9 Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis (IPD) pada sekitar jam 3.30 petang di kawasan Demak itu turut menangkap seorang lelaki tempatan berumur 19 tahun.

“Suspek akan dihadapkan ke mahkamah majistret pada Rabu (hari ini) untuk tujuan permohonan reman,” katanya menerusi kenyataan yang dikeluarkan, hari ini.

Kes turut disiasat di bawah Seksyen 135 (1)(D) Akta Kastam 1967.

Katanya, kesalahan memperuntukkan hukuman denda tidak kurang 10 ganda nilai barangan atau RM100,000 (yang mana lebih tinggi) dan tidak lebih dari 20 ganda nilai barangan atau RM500,000 (yang mana lebih tinggi) atau penjara tidak kurang enam bulan dan tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Tegasnya, operasi ini akan dijalankan berterusan dari masa ke semasa bagi membanteras kegiatan penyeludupan.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru