Sunday, August 7, 2022

Pemandu samseng: ‘You tak kenal siapa aku, kau tunggu aku cari kau’

Secara Rawak

KUALA LUMPUR:  Berlagak samseng membawa padah.

Seorang pemandu lori  berusia dalam lingkungan 40-an yang mengacu pisau kepada pemandu lori lain akhirnya ditahan polis kira-kira 12.25 tengah malam tadi di Klang.

Ketua Polis Klang Utara, S Vijaya Rao berkatam suspek mempunyai satu rekod lampau berkaitan curi motosikal, namun ujian air kencing mendapati dia negatif dadah.

“Suspek dikatakan turun dari lori dengan membawa sebilah pisau dan terus mengugut mangsa dengan kata-kata ‘you tak kenal lagi siapa aku, kau tunggu aku cari kau’,’.

“Siasatan awal mendapati, motif kejadian lebih kepada buli jalan raya,” katanya dalam kenyataan seperti dipetik FMT.

“Suspek kini direman selama tiga hari untuk siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah,” katanya.

Terdahulu, tular satu video berdurasi 31 saat memaparkan tindakan seorang lelaki mengacukan senjata dipercayai pisau terhadap pemandu lori.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru