Sunday, August 7, 2022

Bina kemudahan sukan lasak

Secara Rawak

SIBU: Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan (MYSED) sedang mempertimbangkan untuk membina lebih banyak kemudahan sukan ekstrem atau skate plaza seperti Sibu Active Youth Space (SAYS) untuk belia di seluruh negeri.

Menterinya, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, kemudahan seumpama itu amat perlu untuk aktiviti sihat golongan belia.“Pemuda termasuk timbalan saya dalam ucapannya meminta bandar besar lain di Sarawak dipertimbangkan untuk menyediakan kemudahan seperti ini.

“Di Sibu adalah yang terbesar (kemudahan sukan lasak) saya rasa kerana di Kuching, kita memang ada tetapi tidak seperti Sibu, ia hanya satu kawasan pekarangan di Dewan Suarah.

“Kami merancang untuk mengadakan satu di Kompleks Sukan Sarawak, dan kami mempunyai rancangan untuk mencadangkannya,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Kejohanan Sukan Ekstrem MYSED di Gelanggang SAYS di Dataran Tun Tuanku Bujang Fasa II di sini.

Bagaimanapun, Abdul Karim yang juga Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan berkata, pembinaan kemudahan tersebut bergantung kepada jumlah pengikut atau peminat sukan lasak itu di kawasan atau bandar.”Kalau di bandar-bandar itu ada peminat sukan ini, kita akan pertimbangkan untuk menyediakan kemudahan seperti ini.

“Kosnya tidaklah besar mana, tetapi ia banyak membantu mengumpulkan belia yang mempunyai minat dalam sukan ini.“Selain Kuching, satu lagi kawasan yang kami rasa sesuai ialah Bintulu.

Saya tahu Bintulu mempunyai pengikut yang cukup kuat untuk sukan ini.”Kami berharap dapat melihat perkara ini tidak lama lagi, dalam satu tahun akan datang, dan kemudian mempertimbangkan untuk menyediakan lebih banyak kemudahan seperti itu,” katanya yang juga Adun Asajaya.

SAYS ialah taman pelbagai guna bernilai RM2.5 juta yang dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan negeri bertempat di Dataran Tun Tuanku Bujang Fasa II.

Ia mempunyai landasan plaza skate selebar 15 meter dan panjang 100 meter yang boleh digunakan oleh peminat sukan ekstrem papan selaju, rollerblade dan BMX.Untuk rekod, SAYS adalah gelanggang yang terpanjang di Sarawak yang direka bentuk melalui penglibatan dengan belia tempatan dan boleh digunakan untuk menganjurkan kejohanan antarabangsa.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru