Sunday, August 7, 2022

SU FC lawan JDT FC: Tiket masih dijual

Secara Rawak

KUCHING: Peminat masih berpeluang mendapatkan tiket untuk menyaksikan perlawanan antara Sarawak United FC (SU FC) dan Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) malam esok.

Proses jualan tiket untuk menyaksikan perlawanan terbabit diteruskan lagi. Ia boleh dibeli di pejabat SU FC di Wisma KAFAZ, Petra Jaya dan pintu masuk Stadium Negeri, Petra Jaya.

Presiden SU FC, Datuk Posa Majais memberitahu, tiket-tiket berharga RM15 (Terbuka Zon A &:B) dan RM20 (Berbumbung Zon A & B).

“Tiket mula dijual di pejabat SU FC pukul 10:00 pagi hingga 5:00 petang.

“Manakala, jualan tiket dipintu masuk stadium bermula pukul 6:00 petang,” ujarnya kepada Arena Suara Sarawak.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru