Sunday, August 7, 2022

Kampung Boy FT dari Sri Aman juara Futsal peringkat Sarawak

Secara Rawak

KOTA SAMARAHAN: Pasukan Kampung Boy FT akan mewakili Sarawak ke Kejohanan Futsal Peringkat Kebangsaan pada Ogos ini.

Pasukan dari Sri Aman itu berjaya merangkul gelaran juara dalam kejohanan terbabit peringkat Sarawak yang berlangsung dua hari (23 dan 24 Julai) di Arena Tun Tuanku Haji Bujang Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

Dengan kemenangan tersebut, Kampung Boy FT berjaya membawa pulang hadiah berupa wang tunai berjumlah RM2,000, trofi dan juga medal.

Manakala naib johan bagi kategori lelaki terbuka diungguli oleh pasukan dari Serian, Xmovent dengan hadiah RM1,000 beserta medal.

Daruma Futbol Sala (Sri Aman) dan Warung Futbol C (Miri) pula menggungguli tempat ketiga bersama dengan masing-masing mendapat hadiah wang tunai berjumlah RM700 beserta medal.

Sementara itu, johan bagi kategori wanita dimenangi dijuarai pasukan pilihan dari Miri, Eight United.

Manakala naib juara dimenangi oleh pasukan dari Sibu iaitu SDFC diikuti tempat ketiga bersama disandang oleh SBM FC (Samarahan) dan F10 UNITED B dari Bintulu.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak, Ronnie Boniface Nugi.

Turut hadir, Pesuruhjaya Sukan Rantau Sarawak Rahmat Elli, Penolong Pengarah Rakan Muda Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak, Fatimah Abdul Rahman.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru