Monday, August 8, 2022

Remaja perempuan jual judi online ditahan

Secara Rawak

BAU:Seorang remaja perempuan ditahan di pondok perhentian Bas, Kampung Sibuluh, di sini semalam kerana disyaki menjalankan kegiatan judi dalam talian.

Ketua Polis Daerah Bau Deputi Superitendan Poge Nyaon berkata, suspek berumur 18 tahun itu ditahan menerusi Op Dadu Khas yang dijalankan sepasukan Bahagian Siasatan Jenayah IPD Bau kira-kira jam 5.30 petang.

“Pihak polis turut merampas seunit telefon bimbit, sekeping kad sim dan sejumlah wang tunai dari suspek.

“Pemeriksaan terhadap suspek mendapati tiada rekod kesalahan lampau,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 4(1)(C) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Jelasnya, kesalahan boleh dikenakan denda tidak kurang RM5,000 dan tidak lebih daripada RM 50,000 atau hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun penjara jika sabit kesalahan.

Suspek ditahan untuk tindakan lanjut.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru