Thursday, August 18, 2022

NGO diseru beri kerjasama tanpa mengira fahaman politik

Secara Rawak

 

SIJIL… Khere Chiang menyampaikan sijil dan cenderamata kepada wakil peserta yang terlibat dalam Program Kebajikan Tanggungjawab Bersama NGO di Masjid Darul Ehsan, Kampung Haji Baki dekat sini semasa majlis penutupan, hari ini. Turut kelihatan adalah Pengerusi Jawatankuasa Masjid Darul Ehsan Hamzah Idi serta Penghulu Saptuyah Yusof.

KUCHING: Semua pertubuhan atau badan bukan kerajaan (NGO) di kawasan Kampung Haji Baki diseru untuk terus bekerjasama dengan baik tanpa mengira fahaman politik dan sosial.

Adun Batu Kitang Lo Khere Chiang berkata, perkara tersebut penting kerana pihak berkenaan merupakan salah satu entiti yang bertanggungjawab dalam pembangunan kampung.

Menurutnya, bukan itu sahaja pertubuhan atau NGO juga memainkan peranan penting dalam menjaga keselamatan dan kebajikan malah menjadi penghubung dua hala antara penduduk kampung dengan kerajaan.

“Justeru, saya mengambil kesempatan ini untuk berpesan agar setiap pertubuhan yang ada khususnya di Kampung Haji Baki untuk lebih proaktif dan memainkan perana secara efektif serta efisien di kampung.

“Usaha demikian akan membantu melicinkan usaha pembangunan yang dirancang di samping memastikan apa juga bantuan kebajikan dapat disalurkan dengan cepat,” katanya.

Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan (MPP) itu juga berkata demikian semasa merasmikan majlis penutupan Program Kebajikan Tanggungjawab Bersama NGO di Masjid Darul Ehsan, Kampung Haji Baki dekat sini hari ini.

Mengenai program tersebut, ia merupakan anjuran bersama Pertubuhan Kebajikan dan Kebudayaan Kampung Haji Baki dengan Jawatankuasa Masjid Darul Ehsan Kampung Haji Baki yang telah berlangsung selama dua hari (23 hingga 24 Julai) melibatkan kira-kira 130 peserta termasuk pelajar sekolah dari SK Kampung Haji Baki.

 

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru