Sunday, August 7, 2022

Bistro beroperasi tanpa lesen hiburan sah, pemilik dan tiga pekerja ditahan

Secara Rawak

KOTA SAMARAHAN: Seorang pemilik bistro dan tiga orang pekerja premis ditahan kerana menjalankan operasi bistro tanpa lesen hiburan yang sah.

Ketua Polis Daerah Kota Samarahan Deputi Superintendan Sudirman Kram berkata, sepasukan Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kota Samarahan telah menyerbu bistro terletak di Central City, lebuh raya Kuching-Samarahan, di sini kira-kira jam 2 pagi.

Katanya, semasa serbuan turut mendapati muzik dimainkan dengan kuat dan terdapat beberapa orang pelanggan sedang berhibur di dalam premis.

“Pemeriksaan lanjut mendapati premis tersebut tidak mempunyai lesen hiburan yang sah daripada Majlis Perbandaran Kota Samarahan untuk menjalankan aktiviti hiburan di premis tersebut.

“Pihak polis turut membuat rampasan peralatan muzik/audio yang terdapat di dalam premis tersebut yang digunakan untuk beroperasi,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, tangkapan dan rampasan telah dibawa ke Balai Polis IPD Kota Samarahan untuk tindakan lanjut.

Katanya, satu kertas siasatan telah di buka di bawah Seksyen 5 (1) Ordinan Hiburan 2000 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda sehingga RM20,000.00 atau kedua-duanya.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru