Monday, August 8, 2022

Lelaki ditahan judi dalam talian

Secara Rawak

BAU: Seorang lelaki ditahan kerana disyaki terlibat dalam kegiatan perjudian dalam talian.

Ketua Polis Daerah Bau Deputi Superintendan Poge Nyaon berkata suspek berusia 27 tahun dari Kampung Bijuray Monggang itu ditahan oleh anggota Bahagian Siasatan Jenayah IPD Bau yang menjalankan Op Dadu Khas di kaki lima kedai makan di sini, kira-kira jam 6.45 petang semalam.

“Pemeriksaan ke atas telefon pintar suspek mendapati terdapat kiosk perjudian dalam talian disyaki kata laluan (ID) pengguna judi dalam talian,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau menambah pasukan operasi kemudian merampas telefon bimbit suspek serta sejumlah wang tunai untuk tindakan lanjut.

Katanya suspek yang tiada rekod kesalahan lampau akan disiasat mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan jika sabit kesalahan boleh didenda tidak kurang RM5,000 dan tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun.

 

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru