Monday, August 8, 2022

Lapan orang pendatang asing tanpa izin (Pati) yang masuk Sarawak

Secara Rawak

KUCHING: Pasukan Tentera Darat Malaysia (TDM) pagi tadi mengusi lapan orang pendatang asing tanpa izin (Pati) yang memasuki Sarawak menerusi laluan ‘haram’ berhampiran Kampung Stass, Serikin.

Menurut Markas Divisyen Pertama Infantri Malaysia, sepasukan anggota Briged Ketiga Infantri yang sedang melakukan rondaan di situ terserempak kumpulan berkenaan pada 11.45 pagi tadi

Mereka dikesan berada dalam keadaan mencurigakan pada jarak kira-kira 100 meter dari sempadan Indonesia.

“Pemeriksaan mendapati kesemua mereka terdiri daripada warga Indonesia yang berusia sekitar 23 hingga 45 tahun yang tidak memiliki dokumen rentas sempadan yang sah,”kata markas berkenaan menerusi kenyataan media.

Kata Divisyen Pertama Infantri itu lagi, tiada barangan terlarang yang ditemui selain pakaian dan barangan peribadi melibatkan wang tunai mata wang Indonesia yang yang bersamaan RM802 dan tujuh buah telefon bimbit.

“Keseluruhan barangan itu dianggarkan berjumlah RM5,792,” jelasnya.

“Tindakan susulan diambil dengan mengusir mereka ke Indonesia pada pukul 12.40 tengah hari setelah laporan dibuat di Balai Polis Bau,” tambah kenyataan itu.

 

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru