Sunday, August 7, 2022

Jong Yee Khie berehat lima bulan

Secara Rawak

KUCHING: Ketua jurulatih powerlifting negara, Jamil Adam memberitahu, Jong Yee Khie yang juga pemenang pingat perak Sukan Paralimpik Tokyo 2020 akan berehat selama lima bulan.

Tempoh masa tersebut dipergunakan untuk proses pemulihan kecederaan bahu tangan kiri atlet kelahiran Kuching itu.

“Terdapat koyakan tisu pada bahu tangan kiri beliau dan dia terpaksa berehat selama lima bulan.,” ujar Jamil kepada Arena Suara Sarawak.

Menurut Jamil, ekoran musibah tersebut menyebabkan Jong Yee Khie menarik diri dari terus bersaing dalam Sukan Komanwel 2022 yang akan berlangsung hujung bulan ini.

Menurut Jamil, keputusan menarik diri dilakukan anak didiknya iti amat tepat.

“Kita tidak mahu kecederaannya bertambah parah andakata lambat menerima rawatan,” tambah Jamil yang turut mengakui anak didiknya itu sudah mula melalui proses pemulihan.

Justeru katanya, diharap segala proses tersebut berjalan lancar mengikut jadual.

Sekali gus, dapat menyaksikan atlet yang begitu mesra dengan panggilan ‘Akie’ dalam kalangan rakan-rakannya beraksi kembali.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru