Sunday, August 7, 2022

Dr Malvern dapat perak

Secara Rawak

ATLET bina badan Sarawak, Dr Malvern Abdullah berjaya merangkul pingat pertama buat skuad Malaysia pada temasya Bina Badan dan Sukan Fizik Asia ke-54 di Maldives.

Pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kota Samarahan itu memenangi pingat perak terbuka lelaki berusia 40-49 tahun bagi kategori 80 Kilogram ke atas.

Atlet yang juga berusia 47 tahun itu gagal menyaingi atlet India, Subhash Pujari selaku pemenang pingat emas.

Manakala tempat ketiga bagi kategori tersebut berjaya dirangkul wakil Vietnam, Nguyen Van Quang. Malvern seterusnya bakal beraksi dalam acara Sukan Bina Badan Lelaki (60kg) bersamasama pasangan campuran, Philomena Dexclyn Siar.

Sementara itu, dua wakil Sarawak yang lain, Azri Asmat Sefri dan Buda Anchah, masingmasing akan bersaing dalam kategori Light Flyweight (55kg ke atas) dan Bantamweight (65kg ke atas) dijangka bakal meningkatkan pungutan pingat buat kem negara.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru