Monday, August 8, 2022

RM50,000 tunggu jaguh futsal GPS- PBB Wilayah Tengah

Secara Rawak

SARIKEI: Hadiah keseluruhannya bernilai RM50,000 menanti pemenang Kejohanan Futsal Gabungan Parti Sarawak (GPS) – Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Wilayah Tengah bermula 12 hingga 14 Ogos depan.

Jurucakap Pusat Khidmat N.41 Kuala Rajang dalam kenyataan berkata, kejohanan yang julung-julung kalinya diadakan itu melibatkan kerjasama antara Pusat Khidmat N41 Kuala Rajang, PBB P206 Tanjong Manis, PBB N41 Kuala Rajang, PBB N42 Semop dan Saberkas.

Katanya, kejohanan yang bakal diadakan di Sarikei dan Bintangor itu terbahagi kepada dua kategori iaitu lelaki dan wanita.

“Kita juga mempelawa semua ADUN dalam parti komponen GPS Wilayah Tengah dari N.38 Kelaka hingga N.66 Murum menghantar sekurang-kurangnya satu pasukan bagi setiap kategori.

“Yuran penyertaan adalah RM50 untuk setiap pasukan,” katanya ketika dihubungi.

Sehubungan itu, johan bagi setiap kategori bakal membawa pulang RM5,000, naib juara (RM3,000), tempat ketiga bersama (RM1,500) dan RM750 untuk empat pasukan yang memenangi saguhati manakala, johan bagi kategori wanita bakal membawa pulang RM4,000, naib juara (RM2,000), ketiga bersama (RM1,000) dan empat saguhati (RM700).

Pasukan yang berminat boleh Hafizd Mohd Rosley (0102317876) atau Rohana Kiprawi (0172707510) untuk keterangan lanjut.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru