Sunday, August 7, 2022

S’wak rangka dasar ekonomi jadi pengeksport produk 2030

Secara Rawak

SERIAN: Kerajaan Sarawak merangka dasar ekonomi yang mampu mengarah kepada pengeksportan produk yang bakal memberikan impak positif kepada ekonomi negara menjelang 2030.

Menurut Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg dasar ini dibuat sejajar dasar ekonomi nasional melibatkan sektor pertanian yang perlu dirangka memastikan Malaysia menjadi negara pengeksport bersih.

“Sarawak ada tanah yang luas, kuasa elektrik yang murah serta kita ada kepakaran,” ujar Abang Johari yang juga Adun Gedong.

Berucap pada majlis sambutan Peringatan Hari Antidadah Kebangsaan dan Program Jualan Terus Dari Ladang Keluarga Malaysia (JTDLKM) di Dataran Gedong, bagi Abang Johari dengan Sarawak mampu melaksanakan dasar tersebut, beliau berharap Malaysia turut mampu demi memberi kesan kepada ekonomi negara melalui sumbangan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru