Tuesday, September 27, 2022

Makmal Swinburne, kampus satelit Unimas untuk penyelidikan padi, pertanian

Secara Rawak

KUCHING: Sebuah makmal University Swinburne di Gedong dan kampus satelit mini di Unimas akan diwujudkan khusus bagi penyelidikan serta teknologi berkaitan padi dan pertanian.

Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, beliau menekankan pendekatan pertanian cara moden dan baharu yang perlu dilaksanakan di negeri ini bagi mengurangkan kebergantungan kepada hasil import.

Berucap pada majlis sambutan Peringatan Hari Antidadah Kebangsaan dan Program Jualan Terus Dari Ladang Keluarga Malaysia (JTDLKM) di Dataran Gedong, Abang Johari yang juga Adun Gedong berkata, beliau mengarah Pro-Canselor University Swinburne membina makmal di Gedong.

Selain itu, turut diwujudkan satu lagi kampus satelit di Unimas untuk penyelidikan.

Kos pembinaan kedua-dua kemudahan pendidikan itu ditanggung oleh Kerajaan Negeri.

Sebelum ini, media melaporkan makmal penyelidikan pertanian bakal dibangunkan di kawasan ini dengan padi biris, cili, pisang, tomato, avokado dan lada sebagai antara tanaman yang diberi perhatian.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru