Tuesday, September 27, 2022

Berkhidmat 42 tahun, Premier S’wak hargai jasa Jaul

Secara Rawak

KUCHING: “Anda telah berkhidmat 42 tahun dan saya ingin mengucapkan terima kasih atas apa-apa yang telah anda lakukan (untuk Sarawak),” kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg memberi penghormatan kepada Setiausaha Kerajaan negeri Datuk Amar Jaul Samion yang bersara daripada perkhidmatan awam negeri.

Bagi Abang Johari, sejak 1987, Jaul antara kakitangan Unit Perancang Negeri (SPU) yang terlibat membantu beliau menggalakkan perindustrian di Sarawak.

Menurut beliau, Jaul menunjukkan komitmen menyumbang kejayaan mendapatkan pelaburan asing termasuk dari Toko Electronics dan Taiyo Yuden dari Jepun, serta syarikat AS terkenal dengan pengeluaran papan induk.

Bagi beliau Jaul membantu memulakan kemajuan perindustrian di Sejingkat, Samajaya, Kemena dan Tanjung Manis, selain Kidurong di Bintulu dan loji LNG Petronas serta loji Shell di Bintulu.

Berucap pada majlis makan malam perpisahan Jaul, Abang Johari mengaku ad akalanya menghubungi Jaul pada tengah malam mendapatkan laporan terkini Covid-19 selain merangka Strategi Pembangunan Pasca-Covid-19 – memulihkan ekonomi Sarawak.

Jaul dikatakan membantu kerajaan menyesuaikan ekonomi ke arah mempromosikan agenda digital Sarawak.

 

 

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru