Monday, August 8, 2022

Saudi tawar Ronaldo RM12.6 juta seminggu?

Secara Rawak

BINTANG Manchester United, Cristiano Ronaldo dilaporkan mendapat tawaran yang sangat lumayan sebagai pemain pasukan bola sepak di Arab Saudi.

CNN Portugal melaporkan bintang bola sepak Manchester United, Cristiano Ronaldo mendapat tawaran lumayan bermain untuk Arab Saudi.

Laporan itu menyebut, pemain berusia 37 tahun itu didekati kelab yang tidak dinyatakan namanya, bermain untuk Arab Saudi menawarkan kontrak dua tahun bernilai £250 juta (RM1.3 bilion) kepada pemain Portugal itu.

Jika berita ini sahih, bermakna Ronaldo meraih pendapatan RM12.6 juta seminggu yang merupakan bayaran gaji tertinggi di dunia setakat ini.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru