Monday, August 8, 2022

Skuad bola sepak terbang ke Jakarta

Secara Rawak

KUCHING: Skuad bola sepak Sukma Sarawak, akan terbang ke Jakarta, Indonesia untuk mengadakan perlawanan persahabatan menentang kelab handalan dari negara jiran itu.

Ketua jurulatih, Safri Amit memberitahu, perancangan kearah itu sebagai usaha memantapkan segenap posisi sebelum bermula temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Kuala Lumpur 2022.

“Kita akan terbang ke Jakarta, Indonesia dan dalam rangka mengatur beberapa perlawanan persahabatan menentang kelab handalan di sana,” ujar Safri kepada Arena Suara Sarawak

Menurut Safri, pihaknya sudah mengemukakan permohonan kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berhubung perkara itu.

Justeru, segalanya akan dapat diketahui selepas mendapat lampu hijau daripada badan induk tertinggi itu.

“Tarikh untuk aksi persahabatan itu sudah ada, cuma menunggu kelulusan daripada FAM,” tegas Safri sambil mengakui cadangan untuk tiga aksi persahabatan itu ialah pertengahan bulan Ogos depan.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru