Monday, August 8, 2022

PRU-15: Terserah Premier tentukan calon wanita PBB

Secara Rawak

KUCHING: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg akan menentukan calon wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Ketua Pergerakan Wanita PBB Datuk Sri Fatimah Abdullah berkata, pihaknya menyerahkan keputusan pemilihan calon-calon tersebut kepada Abang Johari selaku Presiden PBB.

“Soalan siapakah calon pada PRU kelak harus ditujukan kepada Premier. Mesyuarat kita hari ini adalah untuk menetapkan jentera wanita mesti bekerja sebagai satu pasukan untuk memenangkan calon.

“Siapa calon, itu akan ditentukan oleh Premier. Apa yang penting kita menentukan perkara-perkara yang membolehkan sasaran menang besar pada PRU-15 dapat dicapai,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat pertama Majlis Tertinggi Wanita (MTW) PBB Sesi 2022-2025 di Ibu Pejabat PBB di sini, hari ini.

PBB ketika ini mempunyai empat Ahli Parlimen wanita iaitu Datuk Seri Nancy Shukri (Parlimen Batang Sadong), Datuk Seri Rohani Abdul Karim (Parlimen Batang Lupar), Datuk Rubiah Wang (Kota Samarahan) dan Dato Hanifah Hajar Taib (Parlimen Mukah).

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru