Monday, August 8, 2022

Lelaki maut tercekik daging korban

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki meninggal dunia selepas sesak nafas, dipercayai tercekik tulang daging korban di rumahnya di Kampung Alor Selising, Jerteh, Terengganu.

Menurut kakak mangsa, Wan Suria Wan Ishak, 32, ketika kejadian adiknya, Wan Azlan Wan Ishak, 28, yang baru pulang dari kerja pada 5.15 petang, semalam sempat memanaskan singgang daging, sebelum makan.

“Jika diikutkan sebelum ini dia tidak pernah makan singgang daging lembu. Lauk kegemarannya ialah ayam. Dia juga tidak makan ikan kerana trauma pernah tercekik tulang ikan,” seperti dilapor Berita Harian semalam.

“Arwah makan daging singgang, lalu tercekik,” katanya menurut Berita Harian.

Wan Suria berkata, ketika menjamah juadah itu Wan Azlan meronta-ronta meminta tolong memberitahu dia sesak nafas sebelum dikejarkan ke Unit Kecemasan Hospital Besut dan disahkan meninggal dunia kira-kira 5.50 petang

“Saya juga cuba membantu arwah tetapi tidak berjaya dan sempat meminta arwah mengucap sebelum dia tidak sedarkan diri,” katanya.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru