Sunday, August 7, 2022

Penulis manifesto tak malu tuntut jawatan PM

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki membidas penulis Manifesto Pakatan Harapan (PH) merangkap Ketua Penerangan Bersatu  Wan Saiful Wan Jan yang dianggap sangat terdesak.

Menurut beliau, semalam Wan Saiful letak jawatan Pengerusi PTPTN dan hari ini ugut Perdana Menteri tunaikan janji penuhi tuntutan Bersatu untuk jawatan TPM dan menteri.

“Terdesak sangat penulis Manifesto PH merangkap Ketua Penerangan PPBM Wan Saiful Wan Jan nak jadi Menteri agaknya.

“Beliau lupa dulu waktu tulis Manifesto janji macam-macam pada rakyat, tapi akhirnya tipu rakyat, bahkan boleh pula mengaku ‘Manifesto Bukan Kitab Suci’. Sedikit pun tidak rasa malu pada rakyat, sanggup pula pegang jawatan Pengerusi PTPTN, walhal janji PTPTN pun tipu rakyat,” katanya menerusi satu perkongsian di Facebook.

“Hari ini ada hati bicara soal ‘janji’,” katanya lagi..

Justeru, Dr Asyraf Wajdi menggesa agar Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak perlu melayani kerenah parti terbabit.

“Presiden PAS sendiri mengakui tiada perjanjian. Bahkan, PM sendiri tidak pernah memaklumkan kepada kepimpinan parti dan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) kewujudan sebarang bentuk perjanjian.

“Selaku Naib Presiden Kanan Umno, beliau lebih bijaksana dan mengetahui hakikat bahawa sebarang perjanjian dengan pihak lain mesti dirujuk kepada parti.

“Lagi pun edah PRU15 sudah pun tiba. Jika ikhlas mahu stabilkan dan selesaikan masalah ekonomi yang membelenggu rakyat ketika ini, kembalikan mandat kepada rakyat,” ujarnya.

Katanya, biarlah rakyat buat ketetapan Kerajaan sebenar yang menjadi pilihan mereka.

“Bukannya Kerajaan Campuran/Hybrid seperti hari ini dengan karenah ugut-mengugut soal jawatan yang hakikatnya bukan daripada mandat rakyat,” katanya lagi.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru