Monday, August 8, 2022

Willie tidak berminat sertai PKR

Secara Rawak

PADAWAN: Ahli Parlimen Puncak Borneo Datuk Willie Mongin mengesahkan dirinya tidak akan menyertai semula Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Beliau menegaskan beliau tidak berminat untuk menyertai parti tersebut dan enggan mengulas lebih lanjut mengenai perkara tersebut.

Dalam masa yang sama beliau juga mengelak untuk mengulas mengenai permohonannya menyertai Parti Pesaka Bumiputer Bersatu (PBB).

“Pada ketika ini saya tidak berminat untuk menjawab soalan politik.

“Saya mahu memberi tumpuan kepada kerja ketika ini. Cukuplah dengan soalan politik, saya mahu bekerja,” katanya kepada media selepas sidang media Festival Mistik Bidayuh (BMF), di sini hari ini.

Willie sebelum meninggalkan PKR pada Mac 2020 apabila kerajaan Pakatan Harapan (PH) tumbang.

Beliau memenangi kerusi Parlimen Puncak Borneo pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) menggunakan tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan memperoleh 18,885 undi dan majoriti sebanyak 4,005 undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Genot Sinel yang meraih 14,860 undi serta calon Aspirasi, Buln Ribos yang mendapat 795 undi.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru