Sunday, August 7, 2022

Kejohanan Bola Sepak 7 Sebelah, Geboo FC rangkul gelaran juara

Secara Rawak

KOTA SAMARAHAN: Pasukan Geboo FC berjaya merangkul gelaran juara pada Kejohanan Bola Sepak 7 Sebelah Kampung Tanjung Parang, Kota Samarahan apabila menumpaskan Kurkur Murmur dengan jaringan (2-1).

Kejayaan itu membolehkan barisan pemain pasukan Geboo FC membawa pulang wang tunai berjumlah RM1,500 beserta piala dan pingat.

Manakala pasukan Kurkur Murmur selaku naib juara membawa pulang wang tunai bernilai RM1,000 selain piala dan pingat.

Dalam pada itu, pasukan Kasuma FA muncul pemenang tempat ketiga setelah menang tipis (1-0) keatas Kanisa FC ditempat keempat.

Kemenangan itu turut membolehkan pemain Kasuma FA membawa pulang hadiah wang tunai RM500 termasuk piala dan pingat.
Manakala, hadiah berupa piala dan pingat untuk pasukan Kanisa FC

Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan Ahli Parlimen Kota Samarahan, Datuk Rubiah Wang.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru