Sunday, August 7, 2022

Penganalisis: Dekati anak muda melalui aktiviti sukan, sosial

Secara Rawak

KUCHING: Kerjaya dan aktiviti bersosial merupakan faktor utama yang bakal menentukan pengaruh pola pengundian dalam kalangan golongan muda khususnya kepada Undi18.

Menurut penganalisis politik Profesor Madya Dr Novel Lyndon, faktor tersebut perlu dimainkan oleh setiap parti untuk menarik hati golongan muda kerana mereka ialah masa depan negara.

“Parti politik perlu bercakap tentang dasar-dasdar yang menarik dan utara serta dekat di hati pengundi muda seperti isu peluang pekerjaan yang banyak,” jelasnya.

“Untuk politik Sarawak, golongan muda sangat perlukan pembangunan yang menyediakan peluang pekerjaan,” jelasnya.

Mengulas lanjut, pensyarah UKM itu berkata, golongan muda lebih memilih pendekatan melalui sukan dan hiburan yang dilihat mampu memikat mereka yang cenderung kepada konsep santai, misalnya sukan permotoran, futsal dan sebagainya.

“Ini sifat golongan muda, jadi saya fikir parti politik perlu kaji sifat orang muda,” katanya lagi.

Katanya, inilah sebabnya pemimpin politik akar umbi perlu lakukan penyelidikan berkaitan kehendak golongan muda.

“Saya ingat, itu boleh dilakukan kerana ia juga berkait rapat dengan Undi 18 dan secara tidak langsung akan mengukuhkan kedudukan parti politik terbabit,” katanya lagi.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru