Tuesday, September 27, 2022

Wanita benarkan pemindahan rambut untuk lebatkan kening

Secara Rawak

Seorang wanita yang mencabut keningnya secara keterlaluan semasa remaja terpaksa menjalani prosedur pemindahan kening bagi menggantikannya.

Dia membenarkan rambut dari kepala digunakan untuk tujuan tersebut.

Akibatnya dia kini perlu memotong keningnya sebulan sekali.

Isabelle Kutxi, yang menetap di UK, pernah menghabiskan 30 minit setiap hari melukis kening pada mukanya.

Gara-gara tidak tahan dengan rutin tersebut dan terdesak untuk memiliki bulu kening yang “tebal dan gebu” dia memutuskan menjalani pemindahan kening.

“Kosnya agak mahal,” Isabelle memberitahu Mirror.

Sepasukan doktor dari Poland melakukan pemindahan itu. Mereka mengambil folikel rambut individu dari belakang kepala Isabelle dan menanamnya di kening wanita terbabit dalam prosedur yang mengambil masa tiga jam.

Hasilnya bulu keningnya tumbuh begitu lebat, namun bulu kening barunya itu tumbuh sepantas rambut di kepalanya.

“Setiap bulan saya akan memotong bulu kening dan saya tak menyesal melakukan pemindahan itu kerana ia berbaloi untuk memiliki kening yang saya inginkan,” kata Isabelle.

Menurutnya lagi prosedur itu telah “mengubah hidupnya” kerana dia tidak lagi perlu bersembunyi apabila fotonya diambil.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru