Sunday, August 7, 2022

Remaja lelaki ditemukan lemas

Secara Rawak

BINTULU: Remaja lelaki yang dikhuatiri hilang ketika mandi di sungai berdekatan Rumah Chundi, Jalan Samarakan, di sini ditemukan lemas, petang tadi, semalam.

Mayat Mohamad Iqram Farmizi Zainal berumur 18 tahun ditemukan Unit PPDA pada jam 6.18 petang dikedalaman 22 kaki dan 15 meter dari Pos Kawal Bomba (PKB).

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Bintulu, Wan Kamaruddin Wan Ahmad berkata mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Katanya, operasi mencari dan menyelamat (SAR) remaja terbabit ditamatkan pada jam 6.30 petang.

Kira-kira jam 3.12 petang tadi bilik kawalan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu menerima panggilan kecemasan mengataka seorang remaja lelaki dikhuatiri hilang ketika mandi di sungai berdekatan Rumah Chundi di Kilometer(KM) 9, Jalan Samarakan.

Mangsa yang dikenali sebagai Mohamad Iqram Farmizi Zainal berumur 18 tahun dilaporkan hilang dibawa arus deras ketika sedang mandi di sungai.

Seramai tujuh anggota termasuk Unit PPDA dikerah ke lokasi kejadian yang terletak sejauh 45 kilometer dari BBP Bintulu.

Pencarian awal mangsa dilakukankan oleh pasukan penyelamat dengan teknik “surface searching “.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa turut disertai lapan anggota polis dan lima anggota Agensi Pertahanan Awam(APM) serta penduduk kampung.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru