Monday, August 8, 2022

Langkah jamin kemakmuran rakyat negeri

Secara Rawak

KUCHING: Di bawah kepemimpinan Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg sejak Januari 2017, banyak perancangan pembangunan termasuk menambah pendapatan negeri dicapai,, kata penganalisis politik Prof Madya Dr Novel Lyndon.

Menurut pensyarah UKM itu, kepemimpinan Premier Sarawak membawa negeri ini ke tahap lebih tinggi bagi mencapai agenda pembangunan yang ditetapkan.

“Malah kepemimpinan Abang Johari juga meletakkan Sarawak di laluan yang betul untuk mencapai negeri maju menjelang 2030,” katanya.

“Bukan itu saja, GPS dilihat komited meneruskan agenda pembangunan sosioekonomi bagi mewujudkan sumber kekayaan, selain menjana lebih banyak peluang pekerjaan kepada belia dan masa depan Sarawak,” katanya lagi.

Menurut Dr Novel, ini bagi memastikan kemakmuran Sarawak berterusan agar rakyat dapat terus menikmati manfaat pembangunan dan pertumbuhan ekonomi yang terancang, holistik dan inklusif.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru