Friday, October 7, 2022

BDFA bakal anjur kategori veteran

Secara Rawak

KUCHING: Persatuan Bola Sepak Bahagian Betong (BDFA) akan menganjurkan Kejohanan Bola Sepak Veteran Terbuka Betong 2022.

Presiden BDFA, Abang Suhordie Abang Zaini menegaskan, kejohanan untuk kategori tersebut akan berlangsung sebaik tamat saingan Liga Betong 2022.

“Kita akan membincangkan secara terperinci penganjuran kejohanan itu pada mesyuarat yang akan diadakan kelak.

“Apa yang pasti, ia akan diadakan selesai sahaja Liga Betong 2022,” ujar Abang Suhordie kepada Arena Suara Sarawak.

Katanya, kejohanan terbabit antara pengisian program BDFA sepanjang tahun ini.

Justeru tambah beliau, pihaknya menjangka sambutan pasti diluar jangkaan.

Ini kerana kata Abang Subordie, kejohanan melibatkan umur peringkat tersebut semakin mendapat tempat dalam kalangan peminat sukan bola sepak.

“Tambahan pula melalui penganjuran kejohanan itu akan dapat memberi peluang kepada pemain untuk menonjol kembali bakat mereka.

“Selain, pada masa sama peluang untuk mereka bertemu dengan rakan lama suatu ketika dahulu,” jelas beliau lagi.

Dalam pada itu, Abang Suhordie membayangkan kejohanan itu kelak dijangka menggunakan Kompleks Sukan Spaoh iaitu satu lagi gelanggang sukan baharu di Bahagian Betong.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru