Monday, August 8, 2022

AGM MASTAF Datuk Ismail Timbalan Presiden MASTAF

Secara Rawak

KUCHING: Perlantikan Datuk Ismail Abang Saufi sebagai Timbalan Presiden Persekutuan Sepak Takraw Malaysia (MASTAF) dilihat sebsgai satu perkembangan yang positif.

Sekali gus, ia merupakan penghormatan besar buat dunia sukan Negeri Sarawak terutama Persatuan Sepak Takraw Sarawak (PSS).

Setiausaha Agung PSS), Fudin Chee menzahir rasa gembira dengan perkara itu.

“Terima kasih kepada MASTAF atas mandat yang diberikan itu. Ia satu perkembangan yang positif bagi PSS kerana sekurang-kurangnya ada wakil dari Negeri Sarawak dalam badan induk tertinggi itu,” ujar Fudin kepada Arena Suara Sarawak.

Menurut Fudin, dengan mandat diberikan oleh MASTAF keatas Datuk Ismail Abang Saufi yang juga Presiden PSS diharap dapat menjadi landasan terbaik pihaknya kearah memperkasa pembangunan sukan sepak takraw di negeri ini.

Mesyuarat Agung MASTAF yang berlangsung Khamis lalu menyaksikan kerusi Presiden MASTAF diterajui Dato Indera Dr. Suhaili Abd Rahman.

Sambil empat jawatan Timbalan Presiden yang menyaksikan Dato Seri Khairuddin Abd. Samad,Dato Markiman Kobiran dan Datuk Ismail Abang.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru