Monday, August 8, 2022

PIALA PRESIDEN 2022: Peluang SU FC tertutup

Secara Rawak

Kekalahan tipis (1-0) ditangan jiran tetangga, Sabah FC II petang semalam menyaksikan Sarawak United FC II (SU FC II) tersasar dari landasan untuk pemburuan slot ke suku akhir.

Gol tunggal dijaringkan Yuseril Yusekil minit ke-37 menjadi pemisah keinginan anak-anak buah Safri Amit untuk berada dalam kelompok lapan terbaik saingan musim ini.

“Kita terima keputusan tersebut walaupun agak berat untuk meratapinya,” ujar Safri ketika mengulas mengenai perkara itu.

Menurut Safri, nasibtidak begitu memihak kepada anak-anak buahnya untuk memenangi perlawanan tersebut.

Dalam keadaan pentas saingan dikuasai sepenuhnya selain deretan peluang banyak dimiliki.

“Jika kami berjaya menjaringkan gol, pasti keputusan sebaliknya berlaku,” tambah Safri.

Sambil itu, beliau memuji semangat juang yang dipamerkan anak-anak buahnya sepanjang perlawanan

Aksi terakhir SU F II akan menentang UiTM FC di Kuching pada 18 Julai ini.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru